Page 56 - mewarna pelangi
P. 56

“Silakan!” Aku macam diberi penghormatan.




                          “Segala  suka  duka  yang  kita  layari  dalam  hidup  ini  menjadi


                   pengalaman dalam mendewasakan kita,” kataku lagi.




                          Saripah diam. Mungkin dia sudah mengerti.

                          “Saya mahu balik.”




                          “Baiklah!”




                          Aku dan Saripah lantas bangun.




                          Setibanya  di  rumah  aku  terus  menyandarkan  badan  di  atas


                   kusyen. Di luar cuaca amat panas sekali.




                          “Penat  nampak,”  tegur  Roslan  rakan  serumahku  yang  tiba-tiba

                   muncul dari biliknya.




                          Aku memandang tepat wajah Roslan.





                          “Perli nampak?” Aku masih lagi sempat mengukir senyuman kecil.



                          “Macam mana date?”





                                                             56
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61