Page 67 - mewarna pelangi
P. 67

“Boleh. Tak ada masalah. Tapi ….”




                          “Tapi apa?”




                          “Naik  lenguhlah  tangan  aku  dan  Zaimi  asyik  mengipas  kau  aje.”


                   Aku  dan  Roslan  lalu  ketawa  terbahak-bahak  hingga  hampir

                   memecahkan ruang tamu rumah teres itu.


                          Benar  kata  orang.  Perkahwinan  adalah  kongsi  hidup  waktu

                   nikmat.  Ia  akan  berlanjutan  hingga  ke  akhir  hayat.  Tujuan  Islam


                   menggalakkan  perkahwinan  ialah  untuk  membendung  maksiat  dari

                   terus berleluasa.




                          Aku  tersentak  tiba-tiba.  Aku  hampir  terlupa.  Saripah  sedang


                   menungguku. Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 9:30 pagi. Janji

                   harus ditepati. Aku bingkas bangun.




                          “Aku nak bersiap dulu. Terlambat pulak nanti.”




                          “Atau takut buah hati merajuk?” Roslan pantas menyampuk.





                          Aku merenung sahaja wajahnya tanpa berkata sepatah pun. Tapi

                   aku sempat mengukir senyuman kecil. Aku pun bergegas ke bilik untuk

                   bersiap.





                                                             67
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72