Page 68 - mewarna pelangi
P. 68

“Segak betul kau hari ni, Azman,” tegur Roslan sebaik-baik sahaja


                   aku keluar dari bilik.




                          “Kenapa? Salah ke?” balasku.




                          “Tak  salah.  Tapi  orang  yang  sedang  hangat  bercinta  selalunya


                   indah. Betul tak?” Roslan tak henti-henti mengusikku.




                          Aku tertawa bila mendengarnya.




                          Begitu  juga  dengan  Roslan  hingga  terangkat  bahunya.  Begitulah

                   mesranya  kami  seperti  adik-beradik.  Susah  senang  sentiasa  bersama


                   menghadapinya.  Jarang  sekali  kami  bertengkar.  Aku  terus  mengambil

                   kasut kulit yang berwarna hitam di dalam almari.




                          “Kau tak ke mana hari ni?” soalku sambil menyarung kasut. Muka


                   Roslan berkerut.




                          “Malaslah …. Aku nak berehat ….” Suaranya lemah bagaikan tak


                   bermaya.



                          “Kau tak jumpa Haryati?” sambungku lagi.





                                                             68
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73