Page 9 - mewarna pelangi
P. 9

“Tapi  yang  paling  menyedihkan  ada  golongan  yang  sanggup

                   mempersendakan agama.”


                          Aku  benar-benar  tak  mengerti.  Sama  ada  dia  ingin  menagih


                   kepastian. Ataupun sengaja mahu menduga aku dalam hal-hal agama.

                   Reaksinya tetap tenang menanti jawapan dariku.




                          “Mereka dianggap golongan yang jahil terhadap agama.”




                          Saripah  diam.  Dia  seolah-olah  sedang  berfikir  sesuatu.  Matanya


                   tidak berkejip-kejip walau sedikit pun. Aku memandang ke langit yang

                   biru. Setelah agak lama kemudian aku menoleh semula ke arahnya.




                          “Politik  dan  ekonomi?”  Pertanyaan  yang  keluar  dari  mulut


                   Saripah.




                          Aku mengangguk-anggukkan kepala.




                          “Ada!” sambil memeluk erat tubuh.




                          “Akibat  gilakan  kuasa  manusia  di  atas  muka  bumi  ini  sanggup


                   berperang.”










                                                              9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14