Page 97 - mewarna pelangi
P. 97

“Tak juga!”




                          “Dah pesan?”




                          “Belum!” Zarah menjeling manja ke arahnya.


                          “Kenapa?” balas Asri.




                          “Tunggu cik abang, la!” sindirnya tajam.




                          Asri  hanya  tersenyum  mendengar  kata-kata  Zarah.  Demikianlah

                   dalam pertemuan, ada sahaja bahan bicara dan gurau senda.




                          “Zarah mahu makan apa?”




                          “Aku ikut aje!” balas Zarah sambil membetulkan rambutnya yang


                   mengerbang ditiup angin.




                          “Selera kita berbeza!” sanggah Asri.




                          “Tak!”




                          “Baiklah!” Asri angguk.







                                                             97
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102