Page 96 - mewarna pelangi
P. 96

Senyap  seketika.  Saripah  bersuara  semula  memecah  kebisuan


                   yang melanda:


                          “Zarah …,” ujarnya perlahan.




                          “Kau mesti terima hakikat bahawa Asri kini sudah dimiliki!”




                          Zarah  diam,  membisu  seribu  bahasa.  Entah  mengapa,  rasa  pilu

                   yang menyiat-nyiat menusuk sanubarinya.




                          Bola  matanya  mengamati  lukisan  pemandangan  air  terjun  di


                   pinggir kali yang melekap di dinding. Dan kenangan silam menjelma di

                   ingatannya. Indah! Alangkah manisnya kalau aku dapat kembali semula


                   ke saat itu. Bisik hati kecil Zarah.




                          Pertemuan  semusim  lalu  masih  segar  dan  mewangi.  Hari  itu,

                   cuaca  cerah.  Di  kaki  langit  bola  mentari  kian  meninggi.  Angin  bertiup


                   sepoi-sepoi bahasa. Restoran Tasik Titiwangsa menjadi pilihan Asri dan

                   Zarah.





                          “Dah lama menunggu?” soal Asri sambil mengukir senyuman lebar

                   sebaik tiba.







                                                             96
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101