Page 12 - CAHAYA SUCI
P. 12

BAB 4




                          Setibanya  di  pejabat  Khairil  diberitahu  oleh  Imawati  yang  Encik


                   Jonid  ingin  berjumpa  dengannya.  Tanpa  berlengah  lagi  dia  lalu

                   mengatur langkah menuju ke bilik Encik Jonid.




                          “Masuk!”  Encik  Jonid  bersuara  dari  dalam.  Apabila  kedengaran


                   bunyi pintu biliknya diketuk oleh Khairil.




                          “Assalamualaikum, Encik Jonid!” dia memberi salam. Sebaik-baik

                   sahaja melangkah masuk ke dalam bilik pengurus besar syarikat yang


                   menerbitkan akhbar Cahaya Suci. Sebuah akhbar tabloid tempatan.




                          “Waalaikumsalam.  Hah,  Khairil.  Duduklah!”  jawab  Encik  Jonid

                   pula sebaliknya.




                          “Terima  kasih,  Encik  Jonid,”  sambutnya  sambil  menarik  kerusi


                   dan duduk.




                          Kesejukan alat penghawa dingin jelas terasa  mengepung seluruh


                   ruang  bilik.  Melalui  jendela  kaca  di  bilik  Encik  Jonid  jelas  kelihatan

                   bangunan-bangunan yang tinggi menjulang. Sehingga mencakar langit.






                                                             12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17