Page 14 - CAHAYA SUCI
P. 14

Dia  amat  berpengalaman  luas  dalam  bidang  kewartawanan.

                   Sebelum  membuka  syarikat  penerbitan  akhbar  tabloid.  Yang  dikenali


                   sebagai Cahaya Suci. Tempat Khairil bekerja.




                          “Kita    mesti     ketengahkan        kepada      orang     ramai     bahawa


                   tanggungjawab untuk mencegah kegiatan yang tidak sihat di kalangan

                   remaja  bukan  sahaja  terletak  di  tangan  pihak  polis.  Bahkan  juga  di


                   tangan kita sebagai rakyat di negara ini. Sebab mereka adalah harapan

                   negara di masa depan,” Encik Jonid menyambung.




                          “Insya-Allah, Encik Jonid,” balas Khairil pula dengan pantas dan


                   mengangguk-anggukkan  kepala.  Bila  mendengar  apa  yang  dikatakan

                   oleh Encik Jonid itu.




                          “Saya  akan  pastikan  matlamat  penerbitan  akhbar  syarikat  kita


                   akan tercapai sepenuhnya,” janjinya.




                          “Di samping itu jugak awak perlu mendapatkan cerita-cerita lain.

                   Yang boleh menarik minat pembaca. Pada akhbar terbitan syarikat kita.


                   Oh, ya! Baru saya teringat. Saya sebenarnya ada dua tugasan yang nak


                   diberikan  pada  awak,”  jelas  Encik  Jonid  pada  Khairil.  Dengan  penuh

                   panjang lebar.





                                                             14
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19