Page 19 - CAHAYA SUCI
P. 19
“Tolong buat minuman, ya,” pinta Datin Ziela.
“Baik, datin!” sahut Rohana pula sebaliknya. Sambil mengangguk-
anggukkan kepala. Dan menutup pintu bilik.
“Datin kata ada perkara penting nak bincang dengan saya.” Nada
suara Aina tenggelam bersama deruan alat penghawa dingin. Yang
mengepung seluruh ruang bilik Datin Ziela.
“Berkenaan dengan kegiatan amal persatuan kita. Kita mesti
gerakkan banyak aktiviti dan program. Untuk membantu golongan yang
kurang bernasib baik,” jelasnya pada Aina.
“Saya dah sediakan kertas kerja. Untuk memastikan persatuan
kita sentiasa padat dengan kerja-kerja amal. Saya akan bentangkan
kepada ahli-ahli persatuan. Dalam mesyuarat yang akan datang,” terang
Aina pula sebaliknya.
“Baguslah macam tu, Aina!” Datin Ziela yang memakai tudung
berwarna daun hijau muda dan berbaju kurung berwarna merah hati
pantas mengangguk-anggukkan kepala. Apabila mendengar jawapan.
Yang diberikan oleh Aina.
19

