Page 35 - CAHAYA SUCI
P. 35

Kotak  rokok  dan  pemetik  api  kemudiannya  lalu  dimasukkan

                   semula ke dalam baju.





                          Rokok lalu disedutnya. Asap pantas dihembusnya keluar. Melalui

                   hidung  dan  mulutnya.  Berkepul-kepul  kelihatan  asap  memutih.


                   Kemudian terus menghilang.




                          Sambil menghisap rokok dia menoleh ke kanan dan ke kiri. Untuk

                   melihat kedatangan orang yang dinanti.




                          Tak  lama  kemudian  kedengaran  bunyi  enjin  motosikal.  Orang


                   yang dinantinya telah pun tiba. Jeffri lalu berhenti daripada menghisap

                   rokok.  Puntung  rokok  lantas  dibuangnya  di  atas  jalan  dan  dipijaknya.


                   Sehingga hancur.




                          “Kenapa  lambat  sangat?  Lama  aku  tunggu  tahu  tak?”  rungut

                   Jeffri. Sebaik-baik sahaja Rahim berhenti di depannya. Enjin motosikal


                   pantas  dimatikannya.  Topi  keledar  yang  menutupi  kepalanya  juga

                   dibukanya.





                          “Maaflah, Abang Jeffri. Saya adahal tadi,” terangnya.








                                                             35
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40