Page 39 - CAHAYA SUCI
P. 39
“Kalau menang nanti kau dan kawan-kawan bukan saja akan
mendapat wang yang banyak. Malahan juga aku akan berikan
perempuan dan bekalan dadah yang percuma.” Itulah janji Simon pada
Roy.
“Ok!” Dengan pantas Roy mengangguk-anggukkan kepala. Sebaik-
baik sahaja mendengar habuan yang dijanjikan oleh Simon itu.
“Aku dan kawan-kawan akan pastikan menang malam ni!”
sambungnya lagi. Sambil menggenggam erat tangan kanannya.
Kawan-kawan Roy kelihatan sedang khayal menghisap dadah. Ada
yang sedang meminum arak. Rumah ini menjadi tempat keruntuhan
akhlak sekumpulan remaja. Ia adalah ibarat penyakit yang merbahaya.
Perlu dicegah dengan segera.
39

