Page 60 - CAHAYA SUCI
P. 60

“Aku  tak  kisah  semua  tu.  Biarlah  apa  orang  nak  kata.  Tapi  apa

                   yang  penting  aku  benar-benar  ikhlas  nak  tolong  dia.  Itulah  jawapan


                   yang diberikan oleh Aina. Pada Wardiah.




                          “Terpulanglah  pada  kau,  Aina  …!”  rengus  Wardiah  pula


                   sebaliknya.




                          Apabila teman serumahnya itu tetap dengan keputusannya untuk

                   membawa  seorang  gadis  remaja  yang  bernama  Sofia  yang  telah


                   mengalami  peristiwa  yang  amat  pahit  seperti  hempedu  untuk  tinggal

                   bersama dengan dia dan Aina.




                          “Kalau  apa  berlaku  nanti  aku  tak  mahu  campur!”  sambungnya


                   lagi dengan menggeleng-gelengkan kepala.




                          Tak lama kemudian kedengaran bunyi telefon bimbit Aina. Tanpa

                   berlengah lagi dia pantas menyambut panggilan itu.




                          Panggilan  daripada  Khairil.  Dia  mengajak  Aina  keluar  makan


                   malam. Aina menerima ajakannya dengan rasa senang hati.




                          Seperti  yang  dijanjikan  selepas  menunaikan  solat  Maghrib  Aina

                   dan Khairil pun bertemu di Restoran Seri Cempaka.



                                                             60
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65