Page 58 - CAHAYA SUCI
P. 58

lengan  pendek  berwarna  putih.  Serta  berseluar  jeans.  Berwarna  biru

                   gelap.





                          Rambutnya  yang panjang hitam ikal  mayang sehingga mencecah

                   paras bahu itu kelihatan mengerbang. Kerana tidak diikat.




                          “Memang la kasihan. Tapi salah dia jugak. Hah! Bila dah berlaku


                   perkara macam ni siapa yang susah,” bidas Wardiah pula sebaliknya.




                          Yang  jelas  menunjukkan  rasa  tidak  bersetuju.  Sofia  tinggal

                   serumah dengan dia dan Aina.




                          “Dia tu anak yatim piatu. Takkan kita nak biarkan nasibnya terus


                   dirundung  malang.  Sekurang-kurangnya  bila  dia  tinggal  dengan  kita

                   nanti ringanlah sedikit penderitaannya tu.” Aina tetap mempertahankan


                   pendiriannya. Untuk membawa Sofia tinggal bersama.




                          Namun  begitu  Wardiah  tetap  membantah.  Macam  perdebatan  di

                   dalam  mahkamah.  Antara  peguamcara  dengan  peguambela.  Bagi


                   membuktikan yang tertuduh tidak bersalah.




                          “Tapi  dia tu beban bagi kita,” balas Wardiah.





                                                             58
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63