Page 67 - CAHAYA SUCI
P. 67

Sampai  sahaja  di  pejabat  Khairil  lalu  berjumpa  dengan  Encik

                   Jonid.





                          “Macam mana dengan kedua-dua tugasan yang saya berikan tu?”

                   Encik Jonid bertanya kepada Khairil.




                          “Alhamdulillah, Encik Jonid!” dia mengangguk-anggukkan kepala.


                   Menjawab pertanyaan Encik Jonid itu.




                          “Semuanya  berjalan  dengan  lancar.  Cuma  saya  ada  cabaran

                   dengan kisah remaja yang terlibat dengan kegiatan merempit,” katanya


                   lagi.




                          “Cabaran  apa?”  Encik  Jonid  menyoal  dengan  rasa  penuh  minat.

                   Baginya  tentu  ada  sesuatu  yang  menarik.  Tentang  tugasan  ini.  Yang


                   akan diberitahu oleh Khairil kepadanya.




                          “Saya  dah  dapat  seorang  remaja  yang  terlibat  dengan  kegiatan

                   merempit.  Rahim  namanya.  Tapi  dia  mengelak  dan  melenting.  Apabila


                   setiap kali saya ingin menemuramah dia. Tapi saya tak akan berputus


                   asa.  Untuk  menulis  cerita  tentang  dia,”  Khairil  menjawab  dengan

                   panjang lebar.





                                                             67
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72