Page 69 - CAHAYA SUCI
P. 69

BAB 17




                          Malam.  Di  kaki  langit  hitam  jelas  kelihatan  bulan  dan  bintang


                   bersinar  indah.  Bunyi  cengkerik  yang  bersahut-sahutan  jelas

                   kedengaran. Memecah suasana malam yang dingin.




                          Selepas menunaikan solat Isyak dan menikmati hidangan makan


                   malam Khairil duduk di anjung rumah. Sambil menikmati angin malam.

                   Menyusup masuk melalui jendela kayu. Segar dan nyaman. Jelas terasa


                   menyapu permukaan kulitnya.




                          “Berapa lama cuti?” ayahnya menyoal. Ketayap putih yang melekat

                   di kepalanya sama warnanya dengan uban yang memenuhi rambutnya.




                          “Seminggu, ayah!” jawab Khairil. Yang duduk bersila di atas tikar


                   mengkuang. Dengan berpakaian baju Melayu. Berwarna biru muda dan

                   berkain pelikat.




                          “Kau dah jumpa pengganti isteri kau?” Pertanyaan yang tiba-tiba


                   saja keluar daripada mulut ibunya.




                          “Ish!  Awak  ni.  Ke  situ  pulak  perginya!”  celah  ayahnya  dengan

                   pantas. Sambil menghisap rokok daun dan terbatuk-batuk kecil.



                                                             69
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74