Page 119 - JALAN PULANG
P. 119

menyatukan  semula  penduduk  kampung  dan  kekal  di  tempat  yang

                   bertuah dan permai anugerah Tuhan Yang Esa.





                          Selang beberapa hari pertemuan ketiga diadakan di tempat yang

                   sama.  Kali  ini  sambutannya  adalah  di  luar  jangkaan.  Tidak  seperti


                   pertemuan pertama dan kedua lalu. Seluruh balai raya dipenuhi dengan

                   penduduk  kampung.  Kalau  pertemuan  pertama  dan  kedua  dahulu


                   banyak kerusi yang kosong tapi hari ini tak cukup kerusi sehinggakan

                   ada  penduduk  kampung  yang  terpaksa  berdiri  dan  ada  yang  terpaksa


                   mendengar dari celah tingkap balairaya.




                          Tiada  apa  yang  mampu  diluahkan  oleh  Adnan  selain  daripada

                   rasa  kesyukuran  ke  hadrat  Allah  SWT  kerana  impiannya  telah


                   dimakbulkan.  Tidak  sia-sia  kerja  keras  siang  dan  malam  yang

                   dilakukannya  selama  ini  demi  kebaikan  bersama  penduduk  kampung


                   dan  bukannya  untuk  kepentingan  dirinya  sendiri.  Inilah  namanya

                   berkat sentiasa berdoa dan bersabar untuk mencapai kejayaan.




                          “Tiada gunanya kita bersengketa sesama sendiri. Kita jugak akan


                   merasa  rugi.  Bukankah  Islam  melarang  perbuatan  buruk  itu.  Marilah


                   kita bersatu semula demi kesejahteraan kita bersama sebagai penduduk

                   kampung  ini.  Mulai  dari  hari  ini  marilah  kita  buang  yang  keruh  dan

                   ambillah  yang  jernih.  Hidup  mati  kita  biarlah  di  sini.  Pertahankanlah





                                                             119
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124