Page 123 - JALAN PULANG
P. 123

“Kalau  nak  banding  dengan  aku  ni  kelulusan  bukannya  tinggi.

                   Dapat kerja mewah di Kuala Lumpur,” Adnan membalas dengan penuh


                   angkuh.




                          “Dah rezeki kau,” ujar Munir dalam nada suara yang tenang.




                          Tercabar  juga  dia  dengan  kata-kata  rakan  sekampung  dan


                   sekolahnya  itu.  Namun  begitu  dia  tetap  bersabar.  Dugaan  Tuhan.  Ada

                   hikmahnya  dan  dia  berkeyakinan  tinggi.  Siswazah  menganggur  seperti


                   dia boleh menabur bakti kepada masyarakat.




                          Dengan  langkah  yang  perlahan-lahan  Munir  menuju  ke  jendela

                   yang  terbuka  luas.  Fikirannya  dilontarkan  ke  arah  banjaran  gunung


                   yang subur menghijau.




                          Banyak  tanah  terbiar  di  kampung  ini.  Lebih  baik  diusahakan.

                   Berjaya atau tidak itu bukan soalnya. Tiba-tiba dia teringat akan kata-


                   kata  pensyarahnya  sewaktu  di  universiti  dahulu.  Sesuatu  yang

                   dilakukan  dalam  hidup  ini  adalah  percubaan.  Dia  yakin  dengan


                   ungkapan itu.




                          Keesokan  harinya  dia  pun  ke  rumah  Tok  Ketua.  Menyatakan

                   hasrat murninya itu.





                                                             123
   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128