Page 18 - JALAN PULANG
P. 18

“Assalamualaikum.”          Kedengaran        suara      memberi        salam.

                   Lamunannya yang jauh melayang itu lantas terhenti.





                          “Waalaikumsalam,” dia menjawab sambil memandang muka orang

                   tua itu.




                          “Maafkan,  pak  cik. Kerana  mengganggu  ketenangan  anak.”  Nada


                   suara orang tua itu tenggelam bersama deruan suara ombak.




                          “Oh,  tidak  mengapa.  Pak  cik.  Silalah  duduk,”  dia  membalas

                   senang  sambil  memandang  tepat  wajah  orang  tua  itu  dan  mengukir


                   senyuman kecil.




                          “Terima kasih …,” ucap orang tua itu lembut.




                          “Anak seorang aje ke?” soal orang tua itu lagi.




                          “Ya, pak cik!” dia mengangguk-anggukkan kepala.




                          “Maafkan, pak cik. Anak nampaknya sedang memikirkan sesuatu


                   yang amat berat.”










                                                             18
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23