Page 15 - JALAN PULANG
P. 15

“Ah!  Itu  semua  alasan  awak.  Dah  saya  katakana  tadi.  Orang

                   macam awak memang tak layak bekerja dengan syarikat ni. Ramai lagi


                   orang yang saya boleh ambil!”




                          “Encik  Shauki  tak  kasihan  ke  dengan  saya.  Saya  ada  isteri  dan


                   anak-anak.  Macam  mana  saya  nak  sara  hidup  mereka.”  Mansur  terus

                   merayu.




                          “Kasihan! Itu bukan urusan saya. Awak carilah kerja lain!”




                          Mansur  diam.  Dia  sedar  siapa  dirinya.  Encik  Shauki  selaku


                   Pengarah  Syarikat  Perkasa  Construction  Sdn.  Bhd.  yang  kini  berada

                   jelas di depan matanya adalah ibarat durian. Manakala dia pula adalah


                   ibarat mentimun.




                          Isterinya  dan  Afian  telah  beberapa  kali  menasihatkannya  agar

                   membuang         sikapnya      yang     buruk     itu.    Namun       begitu    tidak


                   diendahkannya  langsung.  Tetapi  dia  lupa.  Dia  hidup  di  atas  dunia  ini

                   hanya  sebagai  manusia  biasa.  Walaupun  hakikatnya  dia  dikenali


                   sebagai Pengarah Syarikat Perkasa Construction Sdn. Bhd. Hanya Allah


                   SWT sahaja yang berkuasa.











                                                             15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20