Page 195 - JALAN PULANG
P. 195

Osman  lalu  menghidupkan  enjin  motosikal.  Lebai  Dollah

                   memerhatikan  sahaja  Osman  berlalu  pergi  sehingga  hilang  di


                   pandangan  mata.  Dia  kemudiannya  menggeleng-gelengkan  kepala.


                   Memikirkan  Haji  Deris  dan  beberapa  penduduk  kampung  yang

                   terpengaruh dengan perjuangan salah yang dibawa oleh tuan guru dari


                   Tanah Seberang.




                          Dalam  hati  kecilnya  dia  memunajatkan  doa.  Agar  Tuhan

                   memberikan  taufik  dan  hidayat  kepada  mereka.  Meninggalkan


                   perjuangan yang salah itu. Kembali semula ke pangkal jalan. Menurut

                   jihad yang sebenar dituntut oleh agama Islam.




                          Haji Deris terus pulang ke rumah selepas berjumpa dengan tuan


                   guru.  Setibanya  di  rumah  dia  lalu  duduk  di  atas  kerusi  kusyen

                   berwarna biru air laut.




                          Di luar cuaca kelihatan redup. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.


                   Membelah  suasana  kampung  yang  indah  dan  permai.  Pohon  kelapa

                   yang  tumbuh  di  halaman  rumah  Haji  Deris  melambai-lambai  disapu


                   angin.  Seolah-olah  mengajak  perantau  di  kota  pulang  ke  tempat


                   kelahiran mereka.











                                                             195
   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200