Page 200 - JALAN PULANG
P. 200

“Memang betul. Tapi kenalah dengan cara yang betul. Bukannya

                   dengan keganasan,” tingkah Lebai Dollah.





                          “Pak Haji menggunakan kekerasan dengan menjadikan orang yang

                   tidak berdosa sebagai mangsa tidak dituntut dalam agama. Banyak lagi


                   cara  jihad  yang  boleh  kita  buat  untuk  menegakkan  Islam.  Tapi

                   bukannya  dengan  membunuh  seperti  yang  diajar  oleh  tuan  guru  tu,”


                   Osman mencelah.




                          “Kau  mana  tahu  tentang  jihad,  Man.  Tak  usahlah  kau  nak

                   mengajar  aku.  Dah  terang-terang  mereka  tu  musuh  kita.  Buat  apa


                   dibiarkan hidup,” Haji Deris menjawab.




                          “Deris …. Kita sebagai orang Islam diajar supaya berbuat baik di

                   antara satu sama lain. Tanpa mengira bangsa dan agama. Kita mestilah


                   menunjukkan  contoh  teladan  yang  baik.  Bukannya  bertindak  dengan

                   liar dan tidak berperikemanusiaan …,” Lebai Dollah memujuk Haji Deris


                   dalam nada suara yang halus.




                          “Sudah!  Sudah!  Aku  tak  mahu  dengar  apa  yang  kau  orang  nak


                   kata. Walau apa pun yang terjadi aku dan tuan guru akan tetap berjihad

                   menghapuskan orang bukan Islam di muka bumi ini!” Dia memberikan

                   kata putus.





                                                             200
   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205