Page 215 - JALAN PULANG
P. 215

“Baiklah. Tapi ingat, Ludin. Kalau dia buat hal nahas akibatnya.

                   Kau pun sama. Faham!” Sani memberi amaran keras.





                          “Saya  faham,  boss!”  Ludin  sebaliknya  hanya  mengangguk-

                   anggukkan  kepala  apabila  mendengar  kata-kata  yang  keluar  daripada


                   mulut Sani itu.




                          “Sudah. Pergi bawa dia buat kerja!” arah Sani pada Ludin. Tanpa

                   membuang masa lagi Ludin dan Rosdin pantas meninggalkan bilik Sani


                   untuk membuat apa yang telah diarahkan oleh Sani.




                          “Terima kasih, Ludin. Kerana kau aku dapat kerja. Tapi aku pelik

                   tengok boss kita tu. Keras dan kasar aje aku tengok,” kata Rosdin.




                          “Kau  jangan  takutlah.  Boss  memang  macam  tu.  Hal  kerja  dia


                   memang  tegas.  Tapi  hati  dia  baik.  Sudahlah.  Hari  ni  kau  dah  mula

                   kerja. Mari ikut aku,” Ludin menambah.




                          Dengan  menaiki  kereta  Ludin  dan  Rosdin  menuju  ke  belakang


                   bangunan.




                          “Apa  kita  nak  buat  kat  sini,  Ludin?”  Rosdin  bertanya  sambil

                   memandang ke kiri dan kanan.





                                                             215
   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220