Page 216 - JALAN PULANG
P. 216

“Buat apalagi kerjalah.” Nada suara Ludin seperti berbunyi bosan

                   dengan  pertanyaan  Rosdin  itu.  Tak  lama  kemudian  muncul  seorang


                   lelaki dari lorong bangunan sambil matanya memandang sekeliling.




                          “Kerja apa kita nak buat di lorong ni?” kata Rosdin lagi.




                          “Kau  ni  banyak  tanyalah.  Sudah.  Kau  nampak  tak  lelaki  tu.


                   Sekarang  kau  ambil  bungkusan  ni  dan  beri  pada  dia.  Pergi!”  suruh

                   Ludin.




                          “Bungkusan apa ni?” ujar Rosdin pula sambil memandang muka


                   Ludin.




                          “Janganlah banyak tanya. Pergilah cepat!” ulang Ludin lagi.




                          “Yalah!”  Rosdin  tidak  membantah  dan  turun  dari  kereta  sambil

                   membawa  bungkusan  yang  tidak  diketahui  isinya  itu  menuju  ke  arah


                   lelaki yang sedang tercegat berdiri seperti menanti seseorang.




                          “Jangan  bergerak.  Polis!”  Tiba-tiba  kedengaran  suara  dari  arah


                   belakang  bangunan.  Rosdin  dan  lelaki  itu  telah  dapat  ditangkap  oleh

                   tiga  orang  polis  yang  berpakaian  biasa.  Ludin  pantas  menghidupkan

                   enjin kereta dan memecut dengan laju.





                                                             216
   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221