Page 245 - JALAN PULANG
P. 245

masih  lagi  di  anjung  rumah  rancak  berbual-bual.  Sudah  menjadi

                   kebiasaan. Ketika Wahid melukis dia akan ditemani oleh ibunya.





                          “Mak  ….  Penatlah,  Wahid  ….  Mak  masuk  tidur  dulu  …,”  ibunya

                   bersuara perlahan.




                          “Yalah, mak. Pergilah mak berehat. Saya nak  siapkan lukisan ni


                   dulu,”  Wahid  menjawab.  Ibunya  lalu  bangun  dan  mengatur  langkah

                   menuju ke bilik.




                          Tinggallah  Wahid  seorang  diri  di  anjung  rumah.  Dia  amat  tekun


                   dalam  menyiapkan  lukisan.  Selagi  tidak  siap  dia  tidak  akan  berhenti.

                   Kadangkala sampai pagi dia baru masuk tidur. Wahid berasa penat. Dia


                   lalu  berhenti  seketika.  Dengan  renungan  yang  kudus  dan  penuh

                   bermakna dia melontarkan pandangan ke luar rumah. Dia masih ingat


                   lagi.  Ketika  zaman  kanak-kanak  dahulu  pada  waktu  malam  begini  dia

                   dan  Azri  akan  menyiapkan  kerja  sekolah  sambil  ditemani  dengan  api


                   pelita.




                          Sementara  arwah  ayahnya  pula  akan  menjahit  jala  sambil


                   menghisap  rokok  daun.  Ibunya  pula  akan  menyediakan  kopi  ‘o’  pekat

                   minuman  kegemaran  ayahnya.  Keesokan  paginya  selepas  solat  Subuh

                   arwah ayahnya akan turun ke laut mencari rezeki. Dia dan Azri berjalan





                                                             245
   240   241   242   243   244   245   246   247   248   249   250