Page 250 - JALAN PULANG
P. 250

bunga-bunga berseri siang dan malam. Tapi bila terluka pedihnya terasa

                   seluruh hayat.





                          Mungkin  bagi  orang  yang  gagal  dalam  percintaan  pengalaman

                   yang  dilalui  sungguh  pahit.  Seperti  hempedu  rasanya  dan  mengambil


                   keputusan nekad tidak mahu bercinta lagi. Bagi lelaki rela membujang

                   manakala  bagi  perempuan  pula  rela  menjadi  dara  sehingga  ke  akhir


                   hayat. Bagi Rosnani kehadiran lelaki yang bernama Zaki cuma seketika

                   sahaja.  Kemudian  berlalu  pergi  meninggalkan  dirinya  dalam  sendiri


                   dibayangi derita.




                          Dalam  erti  kata  lain  Zaki  adalah  ibarat  setitis  embun  pagi  yang

                   membasahi  dedaunan  dan  rumput.  Hilang  dan  kering  apabila  terbit


                   matahari.  Namun  begitu  Rosnani  tetap  redha.  Dia  adalah  insan  yang

                   lemah di dunia. Semua ini adalah suratan takdir dari Tuhan Yang Esa


                   untuk     menguji      hidupnya.      Sebagai      manusia      apa     yang     telah

                   ditentukannya  dia  tidak  mampu  menolaknya.  Harus  diterima  dengan


                   sabar  dan  tabah.  Selagi  masih  melihat  matahari  di  siang  hari  dan

                   rembulan  di  malam  hari.  Sesungguhnya  hidup  ini  penuh  dengan


                   pelbagai  ujian  dan  cabaran.  Perlu  dihadapi  dengan  kekuatan  dan


                   ketenangan.










                                                             250
   245   246   247   248   249   250   251   252   253   254   255