Page 27 - JALAN PULANG
P. 27

Di  bahagian  hadapan  terdapat  pintu  gerbang.  Dikawal  oleh

                   hulubalang  sepanjang  masa.  Manakala  di  bahagian  belakang  pula


                   adalah  jalan  menuju  ke  laut.  Raja  yang  bersemayam  di  Kota  Warisan


                   gemar berlayar.




                          Kota  Warisan  runtuh  akibat  perang  saudara.  Puncanya  ialah

                   irihati dan tamakkan kuasa. Ada pembesar yang telah belot. Diumpan


                   oleh  musuh  dengan  wang  emas.  Rahsia  kekuatan  Kota  Warisan  lalu

                   dibuka.  Raja  dan  pengikut-pengikutnya  yang  setia  lalu  melarikan  diri.


                   Tempatnya  tidak  diketahui.  Raja  dikatakan  menyamar  diri  sebagai

                   rakyat biasa kerana takut diburu.




                          Kota  Warisan  bukan  sahaja  peninggalan  bersejarah.  Lambang


                   keunikan  senibina  dan  tamadun  bangsa  Melayu.  Pak  Long  gemar

                   bercerita  tentang  Kota  Warisan  kepada  anak  dan  cucunya.  Tetapi


                   mereka seperti tidak berminat untuk mendengarnya. Pak Long kecewa.

                   Jawapan mereka itu adalah cerita lama. Sekarang adalah dunia moden.




                          Pak  Long  tak  putus  asa.  Diceritakannya  moyang  mereka  adalah


                   hulubalang  Kota  Warisan.  Gagah  perkasa.  Sangat  setia  kepada  raja.


                   Rela  berkorban  apa  saja.  Menurut  cerita  yang  didengar  oleh  Pak  Long

                   dari datuknya.








                                                             27
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32