Page 3 - JALAN PULANG
P. 3

“Baiklah,  Encik  Shauki.  Saya  minta  diri  dulu,”  ucap  Encik  Ali

                   sambil bingkas bangun.


                          “Baiklah  …!”  dia  mengangguk  lemah  sambil  berjabat  salam


                   dengan Encik Ali.




                          Encik  Ali  kemudiannya  lalu  mengatur  langkah  ke  arah  pintu.

                   Daun  pintu  pantas  ditariknya  dan  terus  berlalu  pergi  dari  situ.


                   Kesejukan alat penghawa dingin terasa mengepung seluruh ruang bilik.




                          Tak lama kemudian kedengaran bunyi pintu diketuk orang.




                          “Masuk!”




                          Pintu  segera  terbuka.  Sarina  iaitu  Setiausaha  Syarikat  Perkasa

                   Construction  Sdn.  Bhd.  muncul  dan  terus  berdiri  memandang  tepat


                   wajahnya.




                          “Ada apa, Sarina?”




                          “Saya apa perkara mustahak nak beritahu Encik Shauki.”




                          “Mustahak? Apa dia?”







                                                              3
   1   2   3   4   5   6   7   8