Page 6 - JALAN PULANG
P. 6

“Baiklah.  Kalau  begitu  keputusan  awak,  saya  tak  boleh  berbuat

                   apa-apa. Saya luluskan permohonan awak ni. Saya berdoa semoga cita-


                   cita awak akan tercapai.”




                          “Terima kasih, Encik Redzuan.”




                          Tindakannya  meninggalkan  Syarikat  Inderapura  Holdings  Sdn.


                   Bhd. mendapat tentangan keras daripada isterinya iaitu Rahimah.




                          “Apa?  Abang  dah  berhenti  kerja?”  ujarnya  dengan  penuh  rasa

                   terkejut.




                          “Ya, Mah. Abang nak buka syarikat sendiri,” dia menjawab sambil


                   menghirup  air  teh  yang  masih  panas  itu.  Kemudian  perlahan-lahan

                   diletakkannya  semula  cawan  itu  ke  bawah.  Asap  nipis  yang  keluar


                   daripada air teh itu kelihatan teroleng-oleng naik ke atas.




                          “Nak buka syarikat perlukan duit yang banyak, bang. Mana abang

                   nak cari?”





                          “Abang akan buat pinjaman bank.”



                          “Betul. Tapi, mampu ke abang bayar balik?”





                                                              6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11