Page 366 - JALAN PULANG
P. 366
“Dulu kau kerja di mana?” soalnya lagi.
“Jabatan Kerajaan.”
“Apa jawatan kau?”
“Kerani Am dan aku hampir-hampir dinaikkan pangkat. Tapi ….”
Dia berhenti bercakap. Seolah-olah tak berkuasa lagi untuk
meneruskannya.
“Kau harus insaf dengan kembali semula ke pangkal jalan. Serta
menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Dan
bukannya menjadi sampah masyarakat,” nasihatnya bertubi-tubi.
Wajah pemuda itu kian layu.
“Tak boleh!” pemuda itu menggelengkan kepala.
“Mengapa?” tanyanya dengan penuh kehairanan.
“Kerana ia telah menjadi sebahagian daripada hidupku ….” Dia
berterus terang dan lantas mengeluh sendirian.
366

