Page 368 - JALAN PULANG
P. 368

25




                                                          CALON




                          Dia  sebenarnya  dicalonkan  untuk  menjadi  Pengerusi  syarikat.


                   Berkuasa  penuh.  Segala  cakap  yang  keluar  daripada  mulutnya  tidak

                   boleh dibantah. Keputusan adalah muktamad. Tambahan pula dia bakal


                   memegang  saham  yang  tertinggi  dalam  syarikat.  Duduk  dan

                   menyandarkan  tubuh  pada  kerusi  eksekutif  sambil  berpusing  ke  kiri


                   kanan. Dalam bilik yang dikepung oleh mesin penghawa dingin.




                          Yang nyata dia benar-benar berlagak seperti seorang calon.




                          Bak  kata  orang  angan-angan  Mat  Jenin.  Ingin  memeluk  Puteri

                   Raja  akhirnya  terjatuh  pokok  kelapa.  Apa  salahnya?  Setiap  manusia


                   yang hidup di atas muka bumi ini memang mempunyai cita-cita. Kalau

                   tidak hidup sudah tentu kosong.




                          Kata  putus  belum  dicapai.  Biarpun  Datuk  Osman  akan


                   mengundurkan diri dari jawatan Pengerusi. Mahu menumpukan seluruh


                   perhatian  terhadap  amal  ibadat  dan  keluarga.  Dia  sudah  lama

                   bergelumang  dengan  dunia  perniagaan.  Seperti  sudah  menjadi  darah








                                                             368
   363   364   365   366   367   368   369   370   371   372   373