Page 399 - JALAN PULANG
P. 399

27




                                                          MEDAN




                          Ledakan bom bergema membelah suasana. Bersama percikan api.


                   Hujan  peluru  bersimpang-siur.  Mayat-mayat  bergelimpangan  di  atas

                   tanah.  Darah  merah  mengalir  membuak-buak.  Dari  arah  bukit


                   pertempuran sedang berlaku. Utara dan selatan. Lautan tentera Jepun

                   sukar  untuk  dibendung  lagi.  Lebih  dua  kali  ganda  daripada  pasukan


                   pimpinan Leftenan Rosli.




                          Sarjan Talib lalu menghampiri Leftenan Rosli.




                          “Bagaimana,  tuan?”  Nada  suaranya  tercungap-cungap  kerana

                   menahan penat.




                          Leftenan  Rosli  pantas  mengangkat  muka.  Matanya  tunak.


                   Kemudian dia lalu menghela nafas yang panjang. Dan berkata:

                          “Teruskan!”





                          “Tapi ….”










                                                             399
   394   395   396   397   398   399   400   401   402   403   404