Page 396 - JALAN PULANG
P. 396
“Tentang cinta?” Dia melukiskan senyuman kecil. Hisham menjadi
kaget. Dia tidak menduga sama sekali Hafizah akan menimbulkan
perkataan itu.
“Cinta adalah permainan hidup.”
“Indah seperti rama-rama yang berterbangan mengelilingi bingkai
lukisan,” Hafizah pantas menyampuk.
“Ada orang yang mengibaratkan cinta umpama setitis embun.
Akan kering apabila terbit mentari dari arah timur. Hadirnya cuma
seketika. Tidak semua cinta berakhir dengan kegembiraan.” Dia
mengingatkan Hafizah.
“Maksud kau pengalaman silam?”
Hisham dengan tiba-tiba sahaja berdiam diri. Dia tidak menjawab.
Sebaliknya menengadah ke siling. Berfikir sesuatu. Hafizah tekun
memerhati gelagat Hisham. Setelah agak lama dia kembali mengangkat
muka dan menarik nafas panjang. Dia bersuara:
“Dalam percintaan terselit juga pahit dan manis.”
396

