Page 405 - JALAN PULANG
P. 405

Tentera  Jepun  itu  merasa  geram  kerana  gagal  melaksanakan

                   misinya.  Ini  menaikkan  lagi  api  kemarahan  ketua  seksyen  yang


                   berpangkat  Sarjan.  Dia  berteriak  dalam  bahasa  Jepun.  Agar  terus


                   melakukan serangan ke atas kubu pasukan Askar Melayu.




                          Tangan Sarjan Talib terus berputar ligat memetik picu mesin-gun

                   dengan penuh bersemangat.




                          Ini  mengakibatkan  ramai  tentera  Jepun  yang  terkorban.  Namun


                   ketua seksyen tidak berputus asa. tentera Jepun. Dia mengarahkan lagi

                   sekumpulan tentera Jepun supaya mara ke depan mengepung bahagian


                   bawah  bukit  dari  arah  utara  dan  selatan.  Seperti  kilat  datang

                   menyambar  sebutir  peluru  telah  mengenai  rusuk  kanan  Sarjan  Talib.


                   Dengan  serta  merta  mesin-gun  terlepas  daripada  tangannya.  Sambil

                   memejamkan kedua-dua belah matanya menahan kesakitan.




                          “Sarjan Talib! Bakar tolong cover saya!”




                          Dia tidak membantah. Perlahan-lahan Leftenan Rosli menghampiri


                   Sarjan Talib.




                          “Nampaknya Sarjan luka parah.” Matanya tajam mengamati kulit

                   Sarjan  Talib  yang  terkopak  akibat  bedilan  peluru.  Sudah  pasti  rasa





                                                             405
   400   401   402   403   404   405   406   407   408   409   410