Page 406 - JALAN PULANG
P. 406

sakitnya  meresapi  ke  seluruh  anggota  badannya.  Darah  merah  tak

                   henti-henti mengalir.





                          “Tak mengapa. Sarjan, awak berehatlah. Jangan banyak bergerak.

                   Awak masih lemah lagi.”




                          “Tuan,  mari  kita  teruskan  ….  Saya  masih  boleh  lagi  ….”  Dia


                   terhenti.  Pedih.  Dia  kemudian  lalu  membalut  lukanya  agar  dapat

                   meredakan kesakitan sedikit.




                          “Sarjan, biar saya Bantu,” sampuk Karim tiba-tiba. Darah merah


                   semakin  banyak  mengalir.  Hinggakan  kain  pembalut  yang  berwarna

                   putih sudah bertukar warna menjadi merah.




                          “Berehatlah.” Mata Leftenan Rosli tunak sambil memegang lembut


                   bahu Sarjan Talib.




                          Sebaliknya Sarjan Talib lalu memejamkan mata kerana menahan

                   rasa sakit yang tak terhingga. Sudah pasti bias peluru telah menjalar ke


                   seluruh tubuh.














                                                             406
   401   402   403   404   405   406   407   408   409   410   411