Page 413 - JALAN PULANG
P. 413

“Kita masih terdaya lagi!”




                          “Tapi  ramai  anggota-anggota  kita  yang  cedera  dan  terkorban,”


                   jawab Yusuf.




                          Leftenan Rosli enggan mengalah. Pendiriannya tetap tegas.




                          “Kita  masih  lagi  bernyawa  bukan?”  Sambil  tangan  kanannya

                   menggoyang  kuat  bahu  Yusuf.  Sebagai  perangsang  untuk  terus


                   berjuang.




                          Yusuf mengangguk diam sahaja.




                          Secepat kilat lantas mengangkat senjata.




                          “Teruskan!” Leftenan Rosli bertindak sebagai pembakar semangat.




                          Dia  lalu  mengangkat  tangan  tinggi.  Dan  berteriak  sekuat-kuat

                   hatinya.





                          “Tembak!” Pertempuran semakin sengit.










                                                             413
   408   409   410   411   412   413   414   415   416   417   418