Page 415 - JALAN PULANG
P. 415

Dengan gerak badan yang lemah Sarjan Talib cuba bangun.




                          Takdir telah menentukan sebutir peluru sesat telah menghinggapi


                   belakang badannya.




                          “Ah!”  Dia  rebah  semula  menyembah  bumi.  Oleh  kerana

                   keadaannya semakin tenat maka dia terus gugur sebagai bunga bangsa


                   yang harum.




                          “Sarjan!”




                          Leftenan Rosli menundukkan kepala sambil memejamkan kedua-

                   dua biji matanya. Orang kanannya kini sudah tiada lagi. Kematiannya


                   harus dituntut bela. Keazamannya semakin menggunung tinggi.




                          “Tembak!”




                          Kedua-dua  belah  pihak  saling  berbalas  tembakan.  Tiba-tiba

                   sebutir peluru musuh telah menembusi bahu kanannya.





                          “Ya, Allah!” Sebutir peluru lagi hinggap di dadanya. Leftenan Rosli

                   memejamkan kedua-dua belah matanya kerana menahan kesakitan.







                                                             415
   410   411   412   413   414   415   416   417   418   419   420