Page 419 - JALAN PULANG
P. 419

yang  tercinta  dicucuri  rahmat  serta  dimasukkan  ke  dalam  golongan

                   orang-orang yang beriman.





                          Pagi itu, aku telah dipanggil oleh Pegawai Pemerintah iaitu Kolonel

                   Abdullah. Aku sudah menduga. Operasi Bukit Merah akan dipikul oleh


                   pasukanku  yang  berjumlah  30  orang  anggota.  Dari  taklimat  yang  aku

                   terima  kawasan  Bukit  Merah  rata-rata  dipenuhi  oleh  ranjau  dan


                   jerangkap samar. Itulah senjata utama Tuen Yuen dan orang-orangnya.




                          Aku turut difahamkan akan dibantu oleh pasukan Leftenan Saiful

                   dari  arah  selatan.  Selama  lima  tahun  menceburkan  diri  dalam  bidang


                   ketenteraan sudah berpuluh-puluh operasi aku lalui termasuk di Sabah

                   dan Sarawak. Syukur alhamdulillah semuanya mencapai kejayaan yang


                   cemerlang.  Namun  aku  tidak  pernah  riak  dan  takbur.  Aku  harus

                   berhati-hati  sewaktu  menjalankan  tugas.  Bahaya  sentiasa  mengintai


                   sekiranya aku tidak berwaspada.




                          Operasi  Bukit  Merah  benar-benar  mencabar.  Inilah  kali  pertama

                   aku akan bertempur di sempadan. Entahkan menang, entahkan gugur.


                   Aku  sendiri  tak  pasti.  Hanya  Tuhan  sahaja  yang  tahu.  Andainya


                   ditakdirkan aku gugur di medan perjuangan aku tetap merasa bangga

                   kerana mempertahankan bumi yang tercinta daripada jatuh ke tangan

                   musuh.





                                                             419
   414   415   416   417   418   419   420   421   422   423   424