Page 43 - JALAN PULANG
P. 43

unggas  jelas  kedengaran.  Menjadi  nyanyian  alam  semesta.  Dari  jauh

                   kelihatan banjaran gunung berdiri megah.





                          Puteri Bunga memandang wajah Hulubalang Jiwa. Pandangannya

                   itu sudah cukup menggambarkan anak raja Negeri Taman Seri itu ada


                   maksud  tersirat  yang  hendak  disampaikan.  Ayu  wajahnya.  Laksana

                   rembulan yang menyinari di malam hari. Kulit putih berseri. Ditambah


                   kejelitaan dengan rambut yang bersanggul bersama kain selendang yang

                   menutupi  kepala.  Hati  mana  yang  tak  tertawan.  Apakah  ini  dugaan?


                   Bisik hati kecil hulubalang Negeri Kembang Hayat itu.




                          “Tuan hamba. Maafkan hamba sekiranya bertanya. Itu pun kalau

                   tidak  keberatan  tuan  hamba  menjawabnya.”  Dia  memulakan  bicara.


                   Lembut  suaranya  ditelan  alunan  desiran  angin  yang  bertiup  lemah

                   gemalai.




                          Hulubalang  Jiwa  sebaliknya  tidak  pantas  menjawab  pertanyaan


                   yang dilontarkan oleh Puteri Bunga itu. Ditariknya nafas dalam-dalam.

                   “Silakan,  tuan  puteri.  Walau  seberat  batu  pun.  Hamba  tidak  akan


                   hampakan,” dia bersuara tenang.




                          “Tuan hamba sudah punya kekasih hati?” soal Puteri Bunga.







                                                             43
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48