Page 47 - JALAN PULANG
P. 47

Alam  tiba-tiba  bertukar  menjadi  sepi.  Seolah-olah  meratapi

                   sebuah kematian. Suara angin dan desiran air sungai mengalir berbunyi


                   lemah.  Tak  bermaya  untuk  meneruskan  hidup.  Dedaunan  hijau


                   berguguran  di  atas  tanah.  Pepohonan  meliuk-liuk  ke  kiri  dan  kanan

                   dalam  rentak  lemah-gemalai.  Kicauan  burung  dan  unggas  tidak


                   kedengaran.




                          Cuaca yang tadinya cerah lalu bertukar menjadi redup. Mendung

                   hitam  perlahan-lahan  berarak  di  kaki  langit.  Menutupi  bola  matahari.


                   Seperti  turut  bersimpati  dengan  Puteri  Bunga.  Rupanya  dia  hanya

                   bertepuk sebelah tangan sahaja.




                          “Tergamak,  tuan  hamba  ….  Melukakan  hati  hamba  ….”  Puteri


                   Bunga menangis teresak-esak.




                          “Sekali  lagi  hamba  minta  maaf,  tuan  puteri.  Tugas  hamba  ialah

                   untuk mempersembahkan tuan puteri kepada raja. Bukannya berkasih


                   dengan tuan puteri. Berkasih dengan tuan puteri. Bererti hamba telah

                   menderhaka,” jelas Hulubalang Jiwa pula.





                          Puteri Bunga lalu tertunduk diam. Titis-titis air matanya umpama

                   kilauan  mutiara  di  dasar  lautan.  Semakin  banyak  berguguran








                                                             47
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52