Page 480 - JALAN PULANG
P. 480

memberi  khabar  gembira  pada  William.  Pak  Ya  sendiri  akan  bermain

                   wayang pada minggu hadapan sempena hari jadi sultan.





                          William telah dijanjikan oleh Pak Ya untuk dibawa ke Kota Bharu

                   untuk melihat sendiri persembahan itu.




                          Setelah Pak Ya beredar, Zek pun cepat-cepat mengusik William.




                          “Eloklah  kau  pergi  ke  sana.  Di  sana  bolehlah  jumpa  Wak  Long


                   yang kau minati dan Pak Dogol sekali.”




                          “Siapa pula Pak Dogol tu?” tanya William kehairanan.




                          “Itulah,  pelajaran  kau  tentang  wayang  kulit  belum  seberapa.

                   Eloklah ke sana berjumpa Mahasiko, Said, Samad, Wak Yah dan Eden


                   sekali.”




                          “Eden,  siapa  Eden  tu,  Zek.  Orang  Melayu  ke  orang  Iraq?”  tanya

                   William kehairanan.





                          “Bila kau ke Kelantan nanti kau tanyalah pada Pak Ya!”










                                                             480
   475   476   477   478   479   480   481   482   483   484   485