Page 481 - JALAN PULANG
P. 481

“Kau  ni  suka  sangat  berahsia.  Aku  kan  student,  banyak  benda

                   yang harus kuambil tahu. Nanti bila pulang ke England aku kena tulis


                   buku.  Bapa  aku  nak  terbitkan  cerita  wayang  kulit  ini,”  kata  William


                   separuh merayu.




                          “Oh jadi kau datang ke Malaysia ni semata-mata mahu buat cerita

                   tentang wayang kulitlah!”




                          William mengangguk-angguk hatinya berbunga penuh harapan.




                          Kini  telah  tiba  hari  yang  ditunggu-tunggu  William.  Bersama


                   dengan Zek mereka sudah berada di sebuah bangsal wayang kulit yang

                   bakal didalangkan oleh Pak Ya di bandar Kota Bharu.




                          Orang  ramai  sedang  berkerumun  di  suatu  sudut  di  Padang


                   Paduka. Pak Ya sedang memainkan cerita percintaan Seri Rama dengan

                   Sita Dewi. Cerita pun bermula. Orang ramai semakin khusyuk. Begitu


                   juga  William  dan  Zek.  Pada  William  inilah  peluang  seumur  hidupnya

                   yang tidak mungkin dilupai.





                          Semakin  lama  cerita  semakin  rancak.  Wak  Long,  Pak  dogol  dan

                   kawan-kawan sudah muncul beberapa kali. Bunyi gendang dan serunai








                                                             481
   476   477   478   479   480   481   482   483   484   485   486