Page 49 - JALAN PULANG
P. 49

5




                                                        HIDAYAT




                          Dari jendela kaca yang berpeluh akibat kesejukan alat penghawa


                   dingin  dia melontarkan pandangan jauh ke arah bangunan-bangunan

                   yang  tinggi  mencakar  langit.  Bola  mentari  kian  meninggi.  Jalur-jalur


                   cahaya yang lurus jelas kelihatan menyinari seluruh bandaraya.




                          Lamunannya  yang  jauh  melayang  itu  terhenti  seketika  apabila

                   kedengaran daun pintu ditarik. Dia pantas menoleh ke belakang. Zamri.


                   Rakan  kongsinya  dalam  Syarikat  Mawar  Holdings  Sdn.  Bhd.  Dia

                   mengukir  senyuman  lebar  dan  pantas  melabuhkan  punggung  di  atas


                   kerusi.




                          Salim sebaliknya menarik nafas panjang dan memalingkan muka

                   kembali ke arah jendela kaca.




                          “Apa yang kau fikirkan tu, Lim? Projek ni untungnya besar. Ingat.


                   Bukan mudah kita nak dapat?” kata Zamri.




                          Dia diam. Kedua-dua biji matanya seakan-akan lekat memandang

                   bangunan-bangunan  tinggi  yang  memenuhi  seluruh  ruang  kota.





                                                             49
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54