Page 496 - JALAN PULANG
P. 496

yang  sedang  berjuang  di  medan  peperangan  hingga  ke  titisan  darah

                   yang penghabisan.





                          “Tahir,  lebih  baik  kau  lupakan  saja  niat  kau  tu.  Mari  kita

                   tumpukan pada misi Kedai Emas di Jalan Tunggal malam ini!”




                          “Aku tak mahu!”




                          “Kau betul-betul nekad hendak meninggalkan kumpulan ini.” Din


                   Jambang terus menagih kepastian.




                          “Aku bukan bergurau, Din.”




                          Mata  Din  Jambang  tunak.  Tapi  penuh  dengan  muslihat.  Dia

                   lantas  menyeluk  tangan  ke  dalam  poket  bajunya.  Dengan  serta-merta


                   mengeluarkan pistol revolver .32. Tahir sudah masak dengan taktik itu.

                   Dia tidak alpa.




                          “Sebelum terlambat kau harus dihapuskan!”





                          Dengan secepat kilat Tahir menendang meja di hadapannya. Din

                   Jambang jatuh terpelanting hingga ke belakang. Seperti nangka busuk








                                                             496
   491   492   493   494   495   496   497   498   499   500   501