Page 492 - JALAN PULANG
P. 492

Din  Jambang  sungguh  tegas  dalam  mempertahankan  haknya.

                   Kumis lebat memenuhi dagunya. Perdebatan makin genting. Nampaknya


                   tidak ada jalan penyudah yang akan ditemui. Din Jambang tetap tidak


                   mahu  mengaku  kalah.  Perbuatan  jenayah  seolah-olah  sudah  sebati

                   dengan darah dagingnya.




                          Mata Tahir tajam memandang Din Jambang.




                          Dia tidak berputus asa. Semangatnya kental seperti besi waja.




                          “Kita mesti membina kekayaan dengan cara yang halal. Aku akan


                   ikut.”




                          Din  Jambang  mengerutkan  mukanya.  Serta  menggelengkan

                   kepala.  Dia  benar-benar  tidak  mengerti.  Apakah  benda  yang  telah


                   merasuk fikiran Tahir? Din Jambang lalu mengangkat muka tinggi.




                          “Kau bodoh, Tahir!”




                          Tahir  sebaliknya  berpura-pura  tidak  faham  dengan  maksud  Din


                   Jambang itu.



                          “Maksud kau?”





                                                             492
   487   488   489   490   491   492   493   494   495   496   497