Page 512 - JALAN PULANG
P. 512

Syarikat Setia Construction Sdn. Bhd. bukannya sebuah syarikat

                   yang  kecil.  Mereka  juga  mempunyai  sebuah  kilang  kelapa  sawit  di


                   Kampung Serting Hilir.




                          Pada  satu  pagi  dia  datang  menemui  Karim  sambil  membawa


                   sebuah akhbar harian berbahasa Melayu.




                          “Lebih  baik  kita  hentikan  saja  operasi  kilang  kelapa  sawit  di

                   Kampung Serting Hilir tu.”




                          “Hentikan? Kenapa?” Karim menyoal dengan penuh hairan.




                          “Kau tak baca surat khabar ke?”




                          “Kenapa  pulak?”  soal  Karim  lagi  umpama  muntahan  peluru


                   daripada muncung senapang.




                          “Kau  tengok  ni,”  kata  Azmi  sambil  menghulurkan  akhbar

                   berkenaan kepada Karim.





                          Dia pantas menyambutnya. Muka depan akhbar itu memaparkan

                   tentang berita pencemaran air sungai di Kampung Serting Hilir. Akibat

                   pembuangan  sisa-sisa  bahan  kilang  kelapa  sawit  mereka.  Berita  itu





                                                             512
   507   508   509   510   511   512   513   514   515   516   517