Page 517 - JALAN PULANG
P. 517

Azmi  melemparkan  pandangan  yang  tajam  pada  wajah  rakan

                   kongsinya itu. Dan bersuara:


                          “Jadi, kau tak luluskan surat sokongan aku untuk menaikkan gaji


                   Nasir.”




                          “Tidak!”  jawab  Karim  sambil  menggeleng.  Kau  zalim,  Karim!  Tak

                   berhati  perut.  Tak  berperikemanusiaan.  Kau  perah  tenaga  orang  lain


                   sehingga  kering  semata-mata  untuk  kepentingan  diri  sendiri.  Manusia

                   jenis apa kau ni, hah? Protes Azmi dalam hati kecilnya.




                          Selang beberapa bulan Nasir pun berhenti kerja.




                          “Saya  terpaksa  tinggalkan  syarikat  ini,  Encik  Azmi.  Gaji  yang


                   ditawarkan oleh Syarikat Mutiara Construction Sdn. Bhd. lebih lumayan

                   daripada syarikat ini,” jelasnya pada hari terakhir dia bekerja di Syarikat


                   Setia Construction Sdn. Bhd.




                          Azmi menarik nafas panjang. Dan mengangguk.




                          “Saya  faham,  Nasir!  Tapi  kehilangan  awak  merupakan  satu


                   kehilangan  yang  besar  kepada  syarikat  ini.  Saya  tahu.  Awak  kecewa

                   kerana  surat  sokongan  saya  untuk  menaikkan  gaji  awak  tidak








                                                             517
   512   513   514   515   516   517   518   519   520   521   522