Page 70 - JALAN PULANG
P. 70

Dengan  pantas  darah  Hussin  menyirap.  Dia  benar-benar  terasa

                   tercabar dengan kenyataan yang telah dilemparkan oleh Musa itu yang


                   tak  ubah  seperti  cuba  memperbodoh-bodohkannya.  Musa  menganggap


                   perjuangan  untuk  membebaskan  Tanah  Melayu  daripada  cengkaman

                   British  adalah  sia-sia  saja.  Hussin  tidak  patah  semangat.  Dia


                   menanamkan  tekad  untuk  mencari  kebenaran  dan  tiada  siapa  yang

                   dapat  menghalang.  Dia  berkeyakinan  tinggi  yang  impian  itu  akan


                   tercapai suatu hari nanti. Pasti! Bisik hatinya.




                          “Aku  ada  permintaan.  Itu  pun  kalau  kau  tak  keberatan  untuk

                   menunaikannya  sebagai  kawan  yang  sama-sama  menuntut  di  maktab


                   ini,” pinta Hussin pula.




                          “Hah, apa dia?” Musa sebaliknya menyoal sambil mendongakkan

                   kepala memandang wajah Hussin.




                          “Aku mahu diberikan peluang,” dia menjawab.




                          “Kau  nak  peluang?  Peluang  apa?”  tanya  Musa  sambil


                   mengerutkan  muka  sebagai  tanda  berasa  amat  pelik  dengan  apa  yang


                   diperkatakan oleh Hussin itu.










                                                             70
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75