Page 73 - JALAN PULANG
P. 73

Walau  apa  pun  yang  terjadi  hidup  mati  kita  tetap  di  sini.  Kita

                   harus  sama-sama  mempertahankan  daripada  sebarang  pencerobohan


                   dan  penjajahan.  Biarpun  nyawa  menjadi  pertaruhan  sekalipun.  Tanpa


                   meminta  jasa  untuk  dikenang  atau  lebih  daripada  itu  mengharapkan

                   sebutir pingat tersemat di dada.




                          Dia sebaliknya memilih untuk berdiam diri buat seketika. Wajah


                   Musa  ditenungnya  dengan  penuh  perasaan  marah  bercampur  geram

                   dengan  darah  panasnya  yang  kian  mendidih.  Sekali  lagi  dia  menahan


                   bersabar.  Ini  semua  adalah  dugaan  yang  perlu  dihadapi.  Dalam

                   perjuangan  memang  penuh  dengan  pelbagai  onak  dan  duri  yang


                   menyakitkan.




                          Musa lalu mengadu kepada Tuan Gordon iaitu pengetua maktab

                   perihal Hussin mengajak pelatih-pelatih menentang British.




                          “Betul  apa  yang  awak  cakap  ni,  Musa?  Perkara  ini  tak  boleh


                   dibiarkan!” katanya dalam nada suara yang tegas.




                          “Betul, tuan. Ini bukan main-main. Memang merbahaya kalau dia


                   dibiarkan  berada  di  maktab  ini.  Silap-silap  semua  pelatih  akan

                   terpengaruh dengan dia. Tuan mesti cepat bertindak. Kalau tidak susah

                   nanti.” Dia mengapi-apikan Tuan Gordon.





                                                             73
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78