Page 4 - ATURCARA & AGENDA AGM MUAFAKAT ke20
P. 4

MINIT MESYUARAT AGUNG
                                         BADAN MUAFAKAT CAWANGAN MRSM TERENDAK
                                                           KALI KE-19 (2020)



                        Tarikh      :  Sabtu  22  Februari 2020
                        Masa        :  9.00 pagi – 1.30 tengahari
                        Tempat      :  Dewan Budiman, MRSM Terendak  Melaka
                        Kehadiran   :  Rujuk Lampiran  1
                        AJK
                        Agenda      :   (1)   Ucapan Aluan dan Perasmian
                                        (2)  Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-18 2019
                                        (3)  Pembentangan dan Pengesahan laporan kewangan oleh Bendahari
                                        (4)  Pembentangan laporan aktiviti tahunan MUAFAKAT
                                        (5)  Pembentangan dan perbahasan usul-usul
                                        (6)  Acara cabutan bertuah
                                        (7)  Ucapan Penangguhan Mesyuarat


                 Item     Perkara

                  1.0   Pembukaan Majlis
                  1.1   Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha, Pn Norawani bt Noor. Bacaan doa disempurnakan oleh
                        Ustaz  Tajol  bin  Arif.  Mesyuarat  dihadiri  oleh  seramai  139  orang  ahli  mesyuarat  yang  terdiri  di
                        kalangan guru dan ibu bapa.
                  2.0   Ucapan Aluan dan Perasmian
                  2.1   Ucapan salam dan alu-aluan disempurnakan oleh Tn Kol Mohd Rasidi bin Muhammad, YDP
                        MUAFAKAT MRSM Terendak.

                  2.2   YDP MUAFAKAT turut merakamkan:
                           (i)  Ucapan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan semua AJK, para guru dan ibu bapa yang
                               sudi  meluangkan  masa  untuk  turut  serta  dalam  Mesyuarat  Agung  Badan  Muafakat
                               MRSM Terendak kali ke-19 2020.

                           (ii)  Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada wakil daripada ANSARA Terendak yang turut
                               sama hadir bagi memberikan sokongan.

                           (iii)  Mohon  agar  semua  program  yang  dianjurkan  oleh  ibu  bapa  mestilah  melalui  Badan
                               MUAFAKAT agar sepakat.

                           (iv)  Mengingatkan bahawa apa-apa perancangan serta transaksi tunai (program) sepatutnya
                               digerakkan dalam pengetahuan dan akaun MUAFAKAT.

                           (v)  Dapatan  mesyuarat  yang  disertai  oleh  AJK  MUAFAKAT  akan  dikongsi  ke  dalam  aplikasi
                               telegram ibu bapa untuk makluman:
                                   Cth: Insentif untuk ahli keluarga yang sakit kronik/ hilang upaya yang telah dipersetujui
                               sepertimana dalam perkara 4.8.2 Bil 02/2020 telah diwar-warkan untuk pengetahuan
                               semua ahli berdaftar.

                           (vi)  Mengalu-alukan sebarang cadangan untuk memperbaiki kekurangan.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9