Page 5 - ATURCARA & AGENDA AGM MUAFAKAT ke20
P. 5

Minit Mesyuarat Agung Badan Muafakat MRSM Terendak ke-19 (2020)



                 Item     Perkara

                  3.0   Ucapan dan Pembentangan Program Maktab oleh Penasihat MUAFAKAT MRSM Terendak, Tn Hj
                        Kadir b. Dewa, Pengetua MRSM Terendak
                  3.1    Kata-kata aluan dan ucapan ribuan terima kasih atas kehadiran dan sokongan semua ibu bapa.

                  3.2   Tuan Pengetua membentangkan Falsafah Pendidikan MARA dan program -program maktab serta
                       pembaharuan bagi sesi 2019/2020 seperti berikut:
                           (i)  Prep malam bermula selepas solat Isya’ dan bacaan Al-Quran akan berlangsung setiap malam.

                           (ii) Pelajar yang ingin mewakili maktab bagi sebarang aktiviti perlu mencapai TPNG sekurang-
                               kurangnya 2.70.
                           (iii) Dalam diri setiap pelajar, maktab mementingkan keseimbangan sahsiah, akademik dan

                               fizikal. Oleh yang demikian, anak-anak harus berusaha ke arah itu.
                           (iv) Pihak maktab telah meningkatkan target maktab bagi peperiksaan PT3 dan SPM , pihak

                               pengurusan dan guru-guru sentiasa bekerja keras ke arah itu.
                           (v) Tuan Pengetua menghadiahkan token kepada para pelajar yang cemerlang dengan tujuan
                               untuk memotivasikan mereka dan menggalakkan semua pelajar berusaha dengan lebih
                               gigih.

                           (vi) Pembentangan sasaran dan program-program bagi setiap tingkatan bermula dari tingkatan 1-
                               5 dengan persembahan PowerPoint yang jelas dan menarik.

                  4.0   Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-18 , 2019.
                  4.1   En Mohamad Said bin Ariffin mencadangkan agar minit mesyuarat Agung ke-18 lalu diterima dan
                        diluluskan. Cadangan ini disokong oleh En Abu Bakar bin Ibrahim.


                  5.0   Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan 2019 oleh Bendahari
                  5.1   En. Firdause bin Ab Razak  selaku Bendahari,  membentangkan Laporan Kewangan dengan pendapatan
                        dan
                        perbelanjaan bagi tahun kewangan berakhir pada 31-Dis-2019. Selain itu, Bendahari turut
                        melaporkan terdapat tiga kes kematian pada tahun 2019 yang mana MUAFAKAT telah menyumbang
                        (Sumbangan Khairat dan Kebajikan).

                  5.2   En. Mohd Rano Manur mencadangkan  agar  Laporan  Kewangan  bagi  tahun  2019  (berakhir
                        pada
                        31-Dis-2019) diterima dan diluluskan. Cadangan ini disokong oleh En Mohd Halim Yatim.

                  6.0   Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan Muafakat
                  6.1   Tn Kol Mohd Rasidi bin Muhammad, YDP MUAFAKAT memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa
                        MUAFAKAT MRSM Terendak.
                  6.2     Pembentangan Aktiviti Tahunan MUAFAKAT 2019-2020 oleh YDP. Beliau turut mewar-warkan
                        tentang:

                           (i)   Iftar Perdana yang dirancang akan berlangsung pada hari Sabtu 2/5/21 dengan cadangan
                               bayaran sebanyak RM50/keluarga.
                           (ii)  Majlis Solat Hajat dan Doa Restu bagi anak-anak calon PT3 dan SPM.


                  6.2   Pn Fatinah bt Tajul Ariffin  mencadangkan  agar  Laporan  Aktiviti  Muafakat  diterima  dan
                        diluluskan. Cadangan ini disokong oleh Pn Ruzana bt Muhammad.


                  6.0   Pembentangan dan Perbahasan Usul-usul 2019










                                                                                            Muka surat 2 / 3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10